Mar 4, 2010

Sweet Black










Apa pandangan anda tentang hitam? misteri, kesedihan, Gelap? itu pandangan mengikut perspektif masing-masing tentang warna yang pada ketika dulu tidak ada dalam senarai pilihan untuk di gunapakai dalam majlis pertunangan mahupun perkhawinan.Warna itu seolah-olah di anak tirikan dan kedudukannya tidak sehebat warna-warna lain. Namun senarionya berubah pada dewasa ini di mana hitam sering menjadi pilihan kepada mereka yang 'berani' untuk bermain dengan warna tersebut.Kali ini jarijimi berkongsi sebahagian lagi hantaran untuk tatapan para pelayar blog yang di sayangi.Warna hitam & silver menjadi pilihan En.Zairi untuk majlis pertunangannya dengan cik Linda.Majlis yang di adakan di shah alam menyaksikan pertembungan warna hitam + silver & pink + silver ( di belah perempuan ).berkonsepkan moden klasik inilah hasilnya..Terima kasih kepada Zairi kerana mempercayai hasil kerja jarijimi.

No comments:

Post a Comment