Dec 9, 2011

Purplelicious

















































































































































































































































































Untuk tugasan kali ini adalah bagi majlis perkahwinan Farah & Din. Hasil perbincangan dengan farah mengenai konsep & warna tema, maka kata sepakat di ambil untuk menggunakan balang kaca dan juga dulang dari IKEA. Nampak moden & elegant. Hiasan pula lebih mengutamakan pelbagai jenis kuntuman bunga segar yang di perolehi dari pemborong bunga ( pandan Jaya ). Tiada reben atau manik pada gubahan kali ini. Hanya bunga-bunga segar mendominasi setiap hantaran yang kesemuanya dari barangan yang berjenama. Bertemakan romantis cinta. Inilah hasilnya. Terima kasih juga pada Farah yang membantu & kepada Nadia Azahar.

Merah mata hitam ku..













































Salam pertemuan di laman blog pada semua follower. Agak lama juga blog ni tak di kemaskini. Al maklumlah agak sibuk dengan pelbagai urusan. Untuk tatapan kali ini, jarijimi ingin berkongsi 2 lagi tempahan hantaran yg telah di siapkan pada pertengahan 2011 lalu. Melihatkan tajuk di atas, dah macam tajuk lagu pun ada, tetapi ini adalah tema pilihan pelanggan jarijimi kali ini iaitu gabungan merah & hitam. Mungkin pilihan warna ini ada yang tidak menggemari, tetapi jarijimi berusaha untuk menyuntik elemen moden pada tugasan kali ini & menggunakan raga besi berona emas bagi membangkitkan unsur mewah bersama kilauan permata. Tidak ketinggalan haruman lilin berona merah bagi memberi elemen moden. Inilah hasilnya.