Dec 6, 2010

Kau lilin cintaku...





















Kau Lilin Cintaku...





Lilin & Ros Kuning...







Gubahan Sireh....


Lama rasanya tak update blog jarijimi. Hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi satu lagi episod untuk edisi pertunangan Zali & Ain. Kali ini task untuk jarijimi merupakan gubahan sireh sahaja. Hantaran yang lain sudah di siapkan oleh adik Zali sendiri.Walaupun simple, tetapi tetap cantik. Jarijimi membantu bagi sentuhan terakhir sahaja ( part2 susun2 buah & coklat ).Warna coklat keemasan melatari gubahan hantaran kali ini. Untuk gubahab sireh, jarijimi cuba mengilhamkan sedikit elemen moden iaitu melalui penggunaan lilin. Walaubagaimanapun ciri-ciri yang penting dalam gubahan sireh tersebut tetap tidak dilupakan melalui penggunaan pinang, kapur, cengkih & gambir yang di gubah menjadi kuntuman bunga. Bunga ros kuning menjadi pilihan beserta dengan bunga2 kecil bewarna putih yang di sulami dengan hijau daun sireh.Tahniah pada Zali & Ain. Ini antara yang sempat jarijimi kongsikan.
Zali & Ain...
5 Disember 2010 (Sabtu - Puchong )