Feb 22, 2011

Bunga Lolipop
















Awal february lalu, jarijimi menerima panggilan telefon dari mak salah seorang kenalan. Kali ini beliau berkehendakkan jarimi membuat bunga telur menggunakan lolipop untuk majlis cukur jambul cucu sulungnya Nur Laura Safiyyah. Pening juga mula2 untuk fikirkan konsep yang di kehendaki. Dari segi pemilihan warna tiada masalah..baby girl sinonim dengan warna pink. Jadi mengikut tema yang di kehendaki, jarijimi menggunakan warna pink & putih. Setelah merujuk internet dan mendapat ilham, jarijimi terus membuat perancangan dan design bunga telur lolipop berkenaan. Idea dah dapat tinggal material jer belum..tak banyak masa lagi. Lolipop ( bentuk slice of water melon ) jarijimi membeli di pemborong pasar pudu. Manakala utk riben dan segala keperluan, jarijimi mendapatkan di Lovely Place ( tempat regular -Terima kasih pada kak mun ) kerana memberi panduan. Maklumlah ini 1st time jarijimi menerima tempahan utk membuat bunga telur. Nampaknya ramai yang suka akan hasil pertama gubahan bunga telur lolipop tu. Terima kasih pada ibu bapa & nenek laura yang mempercayai hasil kerja jarijimi....