Dec 6, 2010

Kau lilin cintaku...





















Kau Lilin Cintaku...





Lilin & Ros Kuning...







Gubahan Sireh....


Lama rasanya tak update blog jarijimi. Hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi satu lagi episod untuk edisi pertunangan Zali & Ain. Kali ini task untuk jarijimi merupakan gubahan sireh sahaja. Hantaran yang lain sudah di siapkan oleh adik Zali sendiri.Walaupun simple, tetapi tetap cantik. Jarijimi membantu bagi sentuhan terakhir sahaja ( part2 susun2 buah & coklat ).Warna coklat keemasan melatari gubahan hantaran kali ini. Untuk gubahab sireh, jarijimi cuba mengilhamkan sedikit elemen moden iaitu melalui penggunaan lilin. Walaubagaimanapun ciri-ciri yang penting dalam gubahan sireh tersebut tetap tidak dilupakan melalui penggunaan pinang, kapur, cengkih & gambir yang di gubah menjadi kuntuman bunga. Bunga ros kuning menjadi pilihan beserta dengan bunga2 kecil bewarna putih yang di sulami dengan hijau daun sireh.Tahniah pada Zali & Ain. Ini antara yang sempat jarijimi kongsikan.
Zali & Ain...
5 Disember 2010 (Sabtu - Puchong )

Jun 16, 2010

Romansa coklat keemasan


Bersatu 2 hati
Kapten Mohamad Ruzaini & Dr. Aiza
Tarikh Nikah : 060610
Bersanding : 120610 ( putrajaya )
: 130610 ( Cheras )
Ucapan: Thanks Angah & Aiza....







Bilik pengantin





Pelamin bercitarasa nusantara










Telekung & Sejadah










Lipatan kain dalam kotak

Kasut & Handbag















jam tangan & lipatan kain



wangian & mandian












cincin, mas kahwin & Al-Quran












Sireh Junjung
Salam kepada followers jarijimi. Agak lama jarijimi tidak menjengah blog ni n menguplode gambar2 terkini utk tatapan semua peminat ( poyo jer ). Sebenarnya 2 minggu berturut jarijimi agak sibuk dengan pelbagai urusan. Untuk episod kali ini jarijimi ingin berkongsi sedikit sentuhan gubahan hantaran untuk majlis perkahwinan Kapten Mohammad Ruzaini bersama pasangannya Dr. Aiza Hani. Jariimi mengucapkan terima kasih kepada
keluarga En. Rosdi & Pn. Habsah ( parents Ruzaini yang lebih popular dengan panggilan angah ) atas kepercayaan sekali lagi untuk menyiapkan gubahan hantaran untuk anak kesayangan mereka. Sebenarnya jarijimi sudah bekerjasama dengan keluarga angah semasa majlis pertunangan dulu. Di sini jarijimi ingin mengucapkan terima kasih kepada athira & azyan ( adik angah ) kerana membantu jarijimi menyiapkan gubahan hantaran yang mengambil masa 2 hari untuk di siapkan. Dek kerana semangat, kami hanya tidur pada jam 7 pagi untuk menyiapkan hantaran2 tersebut. Jari jimi juga di pertanggugjawabkan untuk membantu menyiapkan pelamin & bilik tidur. Kepada semua yang membantu..Thanks guys. Idea pelamin adalah citarasa pengantin perempuan. Ini hasilnya...

Apr 26, 2010

Kasih Tercipta...bersatu 2 hati


























































































































































Hi,agak lama juga jarijimi tak update blog. Maaf kerana atas beberapa urusan, hari ini jarijimi baru berkesempatan untuk uplode gambar-gambar hantaran yg di hasilkan untuk majlis perkahwinan Khairun Zairee & Linda Musa. Terima kasih kerana mempercayai hasil kerja jarijimi. Tidak di lupakan juga buat Amat dari Click That Moment atas sentuhan magis menghasilkan shoot2 gambar yg terbaik. Kali ini jarijimi di beri tanggungjawab utk menyempurnakan tugas membuat gubahan hantaran untuk kedua2 belah pihak.Memang satu tugas yang mencabar idea untuk menghasilkan sentuhan kreatif agar tidak sama dari segi rata riasnya. Di tambah pula pihak lelaki berkehendakkan bunga segar. Jadi jarijimi harus memilih kuntuman bunga yang berkualiti tinggi memandangkan perjalanan yang jauh dari batu pahat ke shah alam. Alhamdulillah kedua-dua hantaran tu dapat di siapkan dalam masa yang di tetapkan. Bertemakan hitam silver hantaran dari hati sang arjuna di balas dengan tema pink putih dari pemaisuri yg telah mencuri hati. Ini hasil yg dapat di kongsi bersama...

Mar 22, 2010

Under the Sea...










Lama jarijimi tak update blog...maklum sajalah,kesuntukan masa di tambah pula dengan tempahan hantaran untuk wedding bulan 4 ni. Banyak lagi yang perlu di siapkan. Tapi untuk tidak menghampakan peminat( alamak macam artis plak )jarijimi uplode hantaran yang terbaru di hasilkan. Kali ini client jarijimi adalah rakan semasa sama-sama menuntut di USM dulu.Pada mulanya jarijimi hanya menghimpunkan hantaran yang pernah di hasilkan melalui facebook,kebetulan rakan jarijimi ini tertarik dengan hantaran tersebut.Jadi dia meminta untuk jarijimi menyiapkan 6 bekas hantaran.Penggunaan kotak & bakul yang kecil adalah cara terbaik memandangkan perjalanan dari perak hingga ke kelantan ( jauh tu )...Di sini jari jimi hanya membuat bekas sahaja..manakala kandungan hantaran termasuk sireh adalah idea beliau sendiri. Jarijimi mengimaginasikan keindahan lautan pada hantaran tersebut ( elemen pearl & juga batu karang )..Jadi selamat bertunang buat ogy & ina..
p/s: thanks to Ida ( Kakak Ogy )

Mar 5, 2010

Coklat emas..





Hantaran kali ini untuk majlis pertunangan pegawai TUDM dengan Dr. gigi yang berlangsung di Taman Pinggiran Putra.( dekat ngan putrajaya).Jarijimi hanya membuat 3hantaran iaitu gubahan telekung, coklat & bekas cincin + Potpuri. Masa yang agak singkat juga untuk task kali ini. Sehari sebelum majlis pertunangan tersebut, jari jimi ke rumah keluarga pegawai TUDM tersebut. Memandangkan masa yang singkat, gubahan yg ringkas saja pada kali ini dapat di buat. Menggunakan grill basket dan sedikit riben, gubahan hantaran di serikan dengan bunga kekwa ( fresh ) yang di beli kat pasar pudu pagi tersebut,kebetulan sireh pun di tempah di tempat yg sama. Terima kasih pada En.Ruzaini sekeluarga.Gembira dapat mengenali kamu sekeluarga.Ini hasil hantaran pada majlis tersebut.Love u guys...