Mar 22, 2010

Under the Sea...










Lama jarijimi tak update blog...maklum sajalah,kesuntukan masa di tambah pula dengan tempahan hantaran untuk wedding bulan 4 ni. Banyak lagi yang perlu di siapkan. Tapi untuk tidak menghampakan peminat( alamak macam artis plak )jarijimi uplode hantaran yang terbaru di hasilkan. Kali ini client jarijimi adalah rakan semasa sama-sama menuntut di USM dulu.Pada mulanya jarijimi hanya menghimpunkan hantaran yang pernah di hasilkan melalui facebook,kebetulan rakan jarijimi ini tertarik dengan hantaran tersebut.Jadi dia meminta untuk jarijimi menyiapkan 6 bekas hantaran.Penggunaan kotak & bakul yang kecil adalah cara terbaik memandangkan perjalanan dari perak hingga ke kelantan ( jauh tu )...Di sini jari jimi hanya membuat bekas sahaja..manakala kandungan hantaran termasuk sireh adalah idea beliau sendiri. Jarijimi mengimaginasikan keindahan lautan pada hantaran tersebut ( elemen pearl & juga batu karang )..Jadi selamat bertunang buat ogy & ina..
p/s: thanks to Ida ( Kakak Ogy )

Mar 5, 2010

Coklat emas..





Hantaran kali ini untuk majlis pertunangan pegawai TUDM dengan Dr. gigi yang berlangsung di Taman Pinggiran Putra.( dekat ngan putrajaya).Jarijimi hanya membuat 3hantaran iaitu gubahan telekung, coklat & bekas cincin + Potpuri. Masa yang agak singkat juga untuk task kali ini. Sehari sebelum majlis pertunangan tersebut, jari jimi ke rumah keluarga pegawai TUDM tersebut. Memandangkan masa yang singkat, gubahan yg ringkas saja pada kali ini dapat di buat. Menggunakan grill basket dan sedikit riben, gubahan hantaran di serikan dengan bunga kekwa ( fresh ) yang di beli kat pasar pudu pagi tersebut,kebetulan sireh pun di tempah di tempat yg sama. Terima kasih pada En.Ruzaini sekeluarga.Gembira dapat mengenali kamu sekeluarga.Ini hasil hantaran pada majlis tersebut.Love u guys...

Mar 4, 2010

Sweet Black










Apa pandangan anda tentang hitam? misteri, kesedihan, Gelap? itu pandangan mengikut perspektif masing-masing tentang warna yang pada ketika dulu tidak ada dalam senarai pilihan untuk di gunapakai dalam majlis pertunangan mahupun perkhawinan.Warna itu seolah-olah di anak tirikan dan kedudukannya tidak sehebat warna-warna lain. Namun senarionya berubah pada dewasa ini di mana hitam sering menjadi pilihan kepada mereka yang 'berani' untuk bermain dengan warna tersebut.Kali ini jarijimi berkongsi sebahagian lagi hantaran untuk tatapan para pelayar blog yang di sayangi.Warna hitam & silver menjadi pilihan En.Zairi untuk majlis pertunangannya dengan cik Linda.Majlis yang di adakan di shah alam menyaksikan pertembungan warna hitam + silver & pink + silver ( di belah perempuan ).berkonsepkan moden klasik inilah hasilnya..Terima kasih kepada Zairi kerana mempercayai hasil kerja jarijimi.

Mar 2, 2010

Romantis Purple








Telekung & Sejadah..
( maaf gambar sebelah telekung terlupa nak snap )






Minyak Wangi 2 Jenis









Peti harta Karun Coklat












Bakul Buah - Material dari Old News Paper













Bekas cincin hasil sentuhan abah tersayang









Bekas Cincin dari tempurung kelapa

















Gubahan Sireh







Untuk kali ini jarijimi memperkenalkan hantaran yg di buat untuk majlis pertunangan Ooi & Najwa. Ooi ni merupakan anak makcik yang berniaga kat sebelah kondo Pandan Ville. Kali ini Warna purple & krim menjadi pilihan pihak lelaki yang menghantar 7 dulang. Bunga segar menggantikan bunga artificial( terima kasih pemborong bunga kat Pandan Jaya ) Tiada banyak masalah untuk menyiapkan hantaran ini. Masa yang agak panjang juga tempoh di berikan.( Memperuntukkan masa pada hujung minggu ). Alhamdulillah dapat juga di siapkan..Ada gak yang berbisik..Ni hantaran tunang ke kahwin..? Jarijimi hanya mampu tersenyum. Oh yer terima kasih juga kepada bapaku kerana menyiapkan bekas cincin dari tempurung kelapa. Tak lupa juga pada Kak Ina yang memperkenalkan jarijimi pada sepupunya dari Melaka utk hasil kerja tangan dari surat khabar ( bakul buah ) dan pada semua yang menyokong Jarijimi untuk projek kali ini. love u all..

Mar 1, 2010

Langitmu lebih biru...

Make up & Parfume
Tempat Cincin & Mas kahwin

Kain Pasang ( kira bahan kain la ni )
Handbag & Shoes The White Kebaya? Telekung.. ( brooch sponsor from jarijimi)





Sentuhan pertama jarijimi, ketika ini aku masih lagi bekerja di salah satu menara kat area pandan indah.Aku di datangi oleh seorang kakak di ofis ku..Dik,akak ada masalah besarlah..( alamak apa plak kali ni )bisik hati kecilku..seraya aku bertanya, masalah apa kak..yang ketika itu aku dah mula berpaling pandangan mataku dari skrin komputer ke mukanya yg ketika itu agak kerisauan." Macam ni,adik akak nak kahwin..hantaran x buat lagi..adik buat boleh? aku pun kata ok..tp bila? Minggu depan...alamak ada seminggu lagi..sempat ker ni.Ketika itu juga aku mula mengeluarkan pen & note pad untuk listkan apa yg perlu. Habis waktu pejabat, kami terus ke BBA ( ketika itu, tempat tu yg paling hampir ) Bandar Baru Ampang...Setelah berpuas hati dengan apa yg di beli..tugasan seterusnya di serahkan kepada aku...& inilah hasilnya. ( Harap sudi memberi komen untuk penambahbaikan...Maaf jika gambarnya agak kurang jelas dan saiznya kecil ( masalah teknikal ketika itu ) Oh yer lupa.. sedikit info, Tema warna yang di pilih ialah biru & krim. Ini pengantin lelaki anak to' penghulu.

Mengatur langkah...

1 mac 2010 Jarijimi mengatur langkah satu lagi fasa dalam diari tahunannya. Di Bulan ketiga 2010 akhirnya lahirnya "JariJimi Blogspot" Terima kasih kepada rakan- rakan yang berulang kali ( x ingat berapa kali ) agar aku mempunyai blog sendiri...Eh, ko buatlah blog macam artis-artis tu, kata salah sorang temanku. Aku buat tak kisah jer..dalam hati aku berbisik..aku bukannya artis pun..walaupun dulu kala aku pernah gaklah berlakon ( pelakon xtra ). Aku memang pelayar internet yang tegar, bermula dari MIRC,YM,Friendster,Facebook..ada lagi yg aku x pernah pun cuba..aku mula untuk mengetahui & membaca blog-blog yang di buat oleh mereka dan yang sewaktu dengannya.Wow...menarik, mungkin di blog ini tempat mereka untuk berkongsi apa2 saja yg mereka rasakan..kegembiraan, kesedihan,kisah lucu dll. tp kalau aku, apa yang harus di kongsikan...takde apa yg menarik pun..Namun segalanya berubah bila mindaku berfikir sejenak..mungkin aku boleh menjadikan blog ini untuk memperkenalkan siapa dia JariJimi? Lawyer, Majistret...apa? ....Tunggu kemunculannya.