Jan 26, 2012

Persis Mutiara















































































































Salam buat semua. Alhamdulillah jarijimi di beri lagi kesempatan pada awal 2012 ini untuk mengilhamkan lagi gubahan hantaran bagi Majlis pertunangan Eddy ( rakan sekampung ). Tugasan kali ini agak mencabar juga di sebabkan tempoh masa yang di beri agak singkat & proses hanya mengambil masa 2 hari 1 malam untuk menyiapkan 11 dulang hantaran. Bertemakan warna biru & pearl white, jarijimi telah menginspirasikan mutiara & keindahan dasar lautan sebagai konsep gubahan pada kali ini. Elemen-elemen batu karang,mutiara,rumpai laut di cetuskan melaluoi penggunaan manik & renda. Gubahan kali ini agak minimal di sebabkan lokasi majlis pertunangan ini jauh. Alhamdulillah dengan bantuan 2 orang adik, tugasan kali ini dapat di siapkan pada pagi Tahun Baru Cina yang lalu..Inilah hasilnya...

Dec 9, 2011

Purplelicious

















































































































































































































































































Untuk tugasan kali ini adalah bagi majlis perkahwinan Farah & Din. Hasil perbincangan dengan farah mengenai konsep & warna tema, maka kata sepakat di ambil untuk menggunakan balang kaca dan juga dulang dari IKEA. Nampak moden & elegant. Hiasan pula lebih mengutamakan pelbagai jenis kuntuman bunga segar yang di perolehi dari pemborong bunga ( pandan Jaya ). Tiada reben atau manik pada gubahan kali ini. Hanya bunga-bunga segar mendominasi setiap hantaran yang kesemuanya dari barangan yang berjenama. Bertemakan romantis cinta. Inilah hasilnya. Terima kasih juga pada Farah yang membantu & kepada Nadia Azahar.

Merah mata hitam ku..













































Salam pertemuan di laman blog pada semua follower. Agak lama juga blog ni tak di kemaskini. Al maklumlah agak sibuk dengan pelbagai urusan. Untuk tatapan kali ini, jarijimi ingin berkongsi 2 lagi tempahan hantaran yg telah di siapkan pada pertengahan 2011 lalu. Melihatkan tajuk di atas, dah macam tajuk lagu pun ada, tetapi ini adalah tema pilihan pelanggan jarijimi kali ini iaitu gabungan merah & hitam. Mungkin pilihan warna ini ada yang tidak menggemari, tetapi jarijimi berusaha untuk menyuntik elemen moden pada tugasan kali ini & menggunakan raga besi berona emas bagi membangkitkan unsur mewah bersama kilauan permata. Tidak ketinggalan haruman lilin berona merah bagi memberi elemen moden. Inilah hasilnya.

Feb 22, 2011

Bunga Lolipop
















Awal february lalu, jarijimi menerima panggilan telefon dari mak salah seorang kenalan. Kali ini beliau berkehendakkan jarimi membuat bunga telur menggunakan lolipop untuk majlis cukur jambul cucu sulungnya Nur Laura Safiyyah. Pening juga mula2 untuk fikirkan konsep yang di kehendaki. Dari segi pemilihan warna tiada masalah..baby girl sinonim dengan warna pink. Jadi mengikut tema yang di kehendaki, jarijimi menggunakan warna pink & putih. Setelah merujuk internet dan mendapat ilham, jarijimi terus membuat perancangan dan design bunga telur lolipop berkenaan. Idea dah dapat tinggal material jer belum..tak banyak masa lagi. Lolipop ( bentuk slice of water melon ) jarijimi membeli di pemborong pasar pudu. Manakala utk riben dan segala keperluan, jarijimi mendapatkan di Lovely Place ( tempat regular -Terima kasih pada kak mun ) kerana memberi panduan. Maklumlah ini 1st time jarijimi menerima tempahan utk membuat bunga telur. Nampaknya ramai yang suka akan hasil pertama gubahan bunga telur lolipop tu. Terima kasih pada ibu bapa & nenek laura yang mempercayai hasil kerja jarijimi....

Jan 31, 2011

Cinta Sakura


pastry


moist choc from SR


cookies


Perfume - Gucci & wallet





coklat





Bekas Cincin





Tepak Sireh








sebahagian yg dah siap....







Proses









SHOCKING PINK & hitam ... apa pendapat korang? jarijimi mendapat pelbagai respons bila bertanyakan tentang dua pilihan warna bagi tempahan kali ini. Alhamdulillah 2011 jarijimi menerima tempahan untuk majlis pertunangan seorang inspektor polis dengan pasangannya seorang peguam. Untuk tugasan kali ini, jarijimi mengilhamkan bunga sakura & lilin sebagai medium utama untuk gubahan, jarijimi cuba memberanikan diri untuk menggunakan warna pink terang & hitam. Memang pada mulanya ramai yang berkata..pelik, tak matching.. tp untuk 2011 ini jarijimi cuba untuk mengilhamkan warna berkenaan untuk menjadi CINTA SAKURA pada majlis yang berlangsung di Kampung Tersusun, Pongsu Seribu pada 29hb Januari 2011...

Dec 6, 2010

Kau lilin cintaku...





















Kau Lilin Cintaku...





Lilin & Ros Kuning...







Gubahan Sireh....


Lama rasanya tak update blog jarijimi. Hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi satu lagi episod untuk edisi pertunangan Zali & Ain. Kali ini task untuk jarijimi merupakan gubahan sireh sahaja. Hantaran yang lain sudah di siapkan oleh adik Zali sendiri.Walaupun simple, tetapi tetap cantik. Jarijimi membantu bagi sentuhan terakhir sahaja ( part2 susun2 buah & coklat ).Warna coklat keemasan melatari gubahan hantaran kali ini. Untuk gubahab sireh, jarijimi cuba mengilhamkan sedikit elemen moden iaitu melalui penggunaan lilin. Walaubagaimanapun ciri-ciri yang penting dalam gubahan sireh tersebut tetap tidak dilupakan melalui penggunaan pinang, kapur, cengkih & gambir yang di gubah menjadi kuntuman bunga. Bunga ros kuning menjadi pilihan beserta dengan bunga2 kecil bewarna putih yang di sulami dengan hijau daun sireh.Tahniah pada Zali & Ain. Ini antara yang sempat jarijimi kongsikan.
Zali & Ain...
5 Disember 2010 (Sabtu - Puchong )